Pembukaan Sekolah Melayu Sungai Binjai (1917–1923)
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai pada peringkat awalnya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Binjai. Sekolah ini telah dibina kerajaan pada tahun 1917 sebelum merdeka. Pada tarikh 6.10.1917 sekolah digunakan dengan murid seramai 49 orang. Guru Besar ketika itu bernama En. Abd. Karim B Taari. Beliau seorang sahaja tenaga pengajar ketika itu. Tapak sekolah tersebut ialah tapak bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Kok Bin di Pekan Meru sekarang ini. Sekolah Melayu Sungai Binjai ini digunakan sehingga tahun 1923.
Sekolah berpindah kali pertama ( 1924 – 1954 )
Pertambahan murid tahun demi tahun telah meningkat kepada 105 orang. Sekolah yang sediaada sudah tidak sesuai lagi kerana beberapa sebab iaitu :
- Pertambahan murid yang menggalakkan.
- Sekolah kerap ditenggelami air menyebabkan pelajaran murid selalu terganggu.
Sekolah baru telah dibina di Jalan Paip kira-kira ¼ km dari Pekan Meru iaitu letaknya di Klinik Pekan Meru sekarang ini. Penggunaannya ialah pada tahun 1924.
Dalam bangunan sekolah baru ini sama juga keadaannya seperti bangunan sekolah yang lama iaitu murid-murid ditempatkan dalam satu bangunan tanpa mempunyai sekatan. Keadaan seperti ini berterusan hingga tahun 1954.
Rumah Guru Besar bersambung dengan bangunan sekolah. Guru-guru lain pula tinggal di rumah tiga pintu sederet yang disediakan berhampiran dengan sekolah. Letaknya arah ke belakang sekolah
Sekolah berpindah ke tapak sekarang.
Oleh kerana keadaan bangunan sekolah uzur dan pertambahan murid yang menggalakkan maka pihak pemerintah telah mengambil alih dengan cara membeli tanah yang dimiliki oleh Tuan Hj. Ahmad Tafsir kira-kira seluas 4 ½ ekar untuk dijadikan tapak bangunan sekolah baru, iaitu tapak bangunan sekolah sekarang ini.
Bangunan sekolah yang baru ini mempunyai bentuk yang tersendiri dan mula digunakan pada tahun 1955. Sekolah ini boleh menampung murid-murid seramai lebih kurang 500 orang.
Murid bertambah tahun demi tahun. Bangunan yang ada masih tidak mencukupi. Maka bagi mengatasinya pada tahun 1964, sekolah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Dan pada hari ini jumlah murid SK. Sg. Binjai telah mencecah 3292 orang. Bangunan asal sekolah ini telah diruntuhkan pada 9 Mei 2008 untuk digantikan dengan bangunan baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan