Tahniah atas kejayaan cemerlang pasukan Pandu Puteri SK Sungai Binjai yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Perkhemahan Pasukan Pandu Puteri Tunas Daerah Klang 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025 di Wasaim Rest House, Jeram.
Pasukan diwakili oleh:
Nur Nasihah binti Hasbullah (5 UUM)
Afeeya Afeana binti Muhammad Hafiz (4 UiTM)
Nur Afia Fauzah binti Azriman (4 UKM)
telah berjaya meraih tempat JOHAN dalam Pertandingan Hidangan Sushi Paling Kreatif! Pencapaian ini merupakan satu bukti nyataan kepada kreativiti, kerjasama dan kemahiran yang ditunjukkan oleh murid-murid.
Terima kasih atas bimbingan dan komitmen yang tinggi daripada guru pembimbing:
Pn. Wan Rohaiza binti Wan Ibrahim
Pn. Norazlina binti Dali
yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapan dan semasa perkhemahan berlangsung.
Perkhemahan Tunas Daerah Klang 2025 anjurran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, Daerah Klang bersama Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha dan mencapaikan kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
SK Sungai Binjai Maju Jaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan