Sekali lagi, nama sekolah dan negeri Selangor telah dibawa ke persada kejayaan oleh bakat muda yang berbisa. Muhammad Rayyan Fattah bin Mohd Rafiyan Fadhil dari 4 UKM telah berjaya meraih pingat EMAS dalam kejohanan 14th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2025.
Kejohanan prestij ini berlangsung dari 4 hingga 6 Julai 2025 di Pulau Pinang. Rayyan Fattah berentap dalam kategori umur 9 hingga 11 tahun dan berjaya menyerlah dengan menunjukkan semangat wira dan teknik yang mantap, setanding dengan pesaing-pesaing terbaik dari seluruh negara.
Kejayaan ini bukan hanya milik peribadi, tetapi adalah hasil bimbingan dan didikan yang berterusan daripada jurulatih beliau, Sharizman Bin Riduan (YB Rizman) di bawah naungan Koryo Taekwondo Club. Dedikasi dan komitmen daripada jurulatih dan kelab telah melahirkan seorang juara yang bukan sahaja handal dari segi fizikal, tetapi juga mental.
Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Muhammad Rayyan Fattah! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi dan menginspirasi rakan-rakan yang lain untuk gemilang dalam bidang masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan